GAZA: Setelah melakukan serangan udara bertalu-talu sejak beberapa hari lalu ke atas Gaza tanpa belas kasihan, rejim Israel dipercayai sedang membuat persiapan untuk melancarkan serangan darat.
Rejim Israel turut memaklumkan bahawa mereka mempersiapkan kereta kebal, kenderaan perisai dan artileri serta meletakkan 9,000 tentera simpanan di sepanjang sempadan Gaza sebelum melakukan serangan darat.
Penduduk di utara Gaza, berhampiran sempadan Israel, mengatakan mereka tidak melihat tanda-tanda pasukan darat Israel tetapi melaporkan tembakan artileri dan puluhan serangan udara berlaku.
Baru-baru ini, mereka telah menjalankan operasi semalaman dan menjadikan sistem rangkaian terowong Gaza sebagai sasaran dengan menembak artileri melalui serangan udara.
The target: The Hamas ‘Metro’ tunnel system in Gaza.
The operation: 160 aircraft, tanks, artillery and infantry units along the border.
We struck 150 targets and damaged many kilometers of the Hamas ‘Metro’ network. pic.twitter.com/otn7JKxB9c
— Israel Defense Forces (@IDF) May 14, 2021
Media tempatan di Gaza melaporkan lebih 450 serangan pendatang Israel di bahagian utara semenanjung itu menyebabkan 50 orang cedera yang dihantar ke Hospital Beit Hanoun, ekoran serangan di al-Baalie.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, serangan udara zionis Israel yang berterusan setakat ini telah membunuh 115 warga Palestin di Gaza, termasuk 27 kanak-kanak dan 11 wanita, Sementara itu, 621 orang dilaporkan cedera sejak tunjuk perasaan bermula lebih dari tiga hari lalu.
Israel tetap berdegil dan terus melancarkan serangan ke atas Gaza dengan serangan udara dan tembakan artileri, meningkatkan pengerahan tentera dan kereta kebal di sekitar Gaza walaupun digesa untuk hentikan konflik ini.
***Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan. MAPIM merayu supaya kita dapat bersama-sama membantu mereka.
Sumbangan boleh dibuat melalui:
https://www.billplz.com/tabungkilatgaza ATAU menerusi Akaun Maybank DANA MAPIM : 5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau Whatapps 012-800-2016
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar