DuniaSemasa

Rayan Awram sudah tiada

Kanak-kanak 5 tahun jatuh perigi sedalam 32 meter meninggal dunia

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن.

RABAT : Rayan Awram, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh dan terperangkap di dalam perigi sedalam 32 meter dilaporkan telah meninggal dunia.

Berita kematian Rayan itu disahkan Istana Diraja Maghribi sejurus kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan daripada perigi tersebut hari ini.

Raja Maghribi, Raja Mohammed VI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya.

Terdahulu, insiden itu bermula apabila Rayan dilaporkan hilang ketika bermain sebelum ditemui terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diketuai oleh Jabatan Perlindungan Awam Maghribi berlangsung sejak Selasa lalu menggunakan jentolak untuk  menggali lubang bersebelahan dengan kawasan di mana Rayan terperangkap.

Usaha menyelamat kanak-kanak itu mendapat simpati dan perhatian orang ramai di sosial media dengan meletakkan tanda pagar #SaveRayan dan tular ke seluruh dunia.

Seluruh umat Islam di seluruh dunia tidak putus-putus titipkan doa buat Rayan agar kanak-kanak itu berjaya diselamatkan.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button