Dunia

Raudah bakal dipenuhi lebih 500,000 jemaah sepanjang Ramadan ini

MEKAH : Ruang solat Raudah di Masjid Nabawi bakal dipenuhi lebih 500,000 para jemaah sepanjang bulan Ramadan ini dan pada malam raya.

Menurut laporan akhbar Saudi Gazette, bagi memudahkan kemasukan jemaah ke Raudah Sharif mengikut masa tempahan, pekerja di Pejabat Presidensi Umum untuk Hal Ehwal Dua Masjid Suci sedang berusaha mewujudkan carta aliran organisasi.

Sementara itu, kakitangan juga berusaha memastikan kelonggaran di pintu masuk jemaah untuk melawat makam Nabi Muhammad S.A.W dan dua sahabat, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar dalam suasana yang lebih tenang.

Mengeluarkan permit solat di dalam Raudah untuk lelaki dan wanita merupakan antara kerja-kerja penganjuran solat di Raudah sepanjang Ramadan menerusi aplikasi Eatmarna dan Tawakkalna.

Purata permit harian yang dikeluarkan setakat ini adalah 16,980 hingga 20 Ramadan, manakala 10 hari terakhir Ramadan akan menyaksikan pengeluaran mencecah 11,095 permit setiap hari.

Penyusunan dan kebenaran jemaah untuk akses ke Raudah semasa Ramadan akan ditetapkan oleh pejabat presiden bagi jemaah lelaki dan wanita.

Jemaah lelaki boleh memasuki ruang Raudah pada waktu pagi dari halaman Pintu 38 manakala pada waktu malam dari halaman Pintu 2.

Bagi jemaah wanita pula, pintu masuk Raudah yang ditetapkan adalah Pintu 24 pada waktu pagi dan Pintu 37 pada waktu malam.

Pejabat presidensi juga akan melaksanakan satu laluan khas bagi jemaah lelaki untuk menziarahi makam Nabi Muhammad S.A.W dan dua sahabat baginda tanpa perlu melakukan tempahan awal bagi mengelakkan kesesakan.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button