Semasa

Ratusan pokok zaitun ditebang tentera upahan pendudukan Turki

ALEPPO : Tentera upahan pendudukan Turki dari pertubuhan pengganas menebang ratusan pokok zaitun milik orang awam yang dipindahkan secara paksa di beberapa kampung, Bandar Afrin di kawasan luar bandar utara Aleppo.

Sumber tempatan memberitahu wartawan SANA, bahawa tentera upahan pendudukan Turki menebang hampir 330 pokok zaitun di kawasan Jenderes dan lebih 190 pokok di kampung Ramadana di kawasan Sheikh al-Hadeed untuk dijual sebagai kayu api.

Menurut laporan, tentara upahan terus merampas rumah penduduk di Bandar Afrin selepas mereka membuat kertas kerja pemilikan mereka dan menempatkan keluarga tentera upahan pengganas di rumah tersebut.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button