Semasa

Rasulullah mengajar manusia terus bersatu tanpa mengira latar belakang – PM

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa gagasan perpaduan Nabi Muhammad SAW adalah panduan untuk rakyat Malaysia bagi mewujudkan Keluarga Malaysia yang harmoni.

Beliau menambah, bahawa perpaduan adalah tentang kepercayaan sesama kita.

Ketika Nabi Muhammad SAW berpindah ke Madinah, Rasulullah dapat menyatukan bukan hanya kaum Muhajirin (Orang Islam awal yang berhijrah dari Makkah ke Madinah) dan orang-orang Ansar (penduduk Madinah asli) tetapi juga orang Yahudi melalui Piagam Madinah.

“Salam Maulidur Rasul 1443H / 2021M kepada semua umat Islam,” tulisnya di hantaran Facebook.

“Dan semoga kita selalu melakukan perbuatan baik sunnah Nabi,”

Mengikuti amalan Nabi adalah salah satu kaedah untuk menunjukkan kasih sayang kepada Rasulullah.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button