Dunia

Rasmus Paludan rancang ‘jelajah’ bakar al-Quran sepanjang Ramadan

STOCKHOLM : Rusuhan yang berlaku selama beberapa hari di Sweden berikutan tindakan biadab kumpulan pelampau berhaluan kanan membakar kita suci Al-Quran telah menyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang tercedera, menurut polis.

Seramai 26 anggota polis dan 14 orang awam turut cedera selepas insiden tunjuk perasaan di sebilangan bandar sejak Khamis lalu bertukar ganas, kata polis dalam satu siding akhbar semalam.

“Rusuhan itu berpunca daripada tindakan ketua kumpulan anti imigran dan anti-Islam Hard Line, Rasmus Paludan membakar al-Quran,” katanya.

Dia telah mengisytiharkan siri ‘jelajah’ Sweden dengan tujuan bagi meraih sokongan menjelang pilihan raya tempatan pada September ini.

Paludan mahu bertanding dalam pilihan raya tersebut namun masih gagal mendapatkan tanda tangan yang mencukupi untuk membolehkannya menjadi calon.

Paludan merancang untuk melawat bandar-bandar yang mempunyai ramai penduduk beragama Islam dengan niat membakar al-Quran ketika umat Islam berpuasa di bulan Ramadan.

Sementara itu, Malaysia sebelum ini turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan ekstrem oleh pemimpin parti politik berkenaan dan menganggap ia telah melampaui batasan dan garis norma hak kebebasan bersuara termasuk dalam isu pelaksanaan amalan beragama.

Untuk rekod, pertempuran dengan polis semasa tunjuk perasan terhadap kumpulan Hard Line tercetus sejak petang Khamis lalu dan bermula di bandar-bandar seperti Linkoping serta Norrkoping.

Rusuhan kemudian merebak ke bandar Malmo di mana Paludan membakar al-Quran pada Sabtu lepas. Sebuah sekolah turut dibakar semasa malam kedua rusuhan Ahad lepas.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button