Rapper cilik Gaza, bawa mesej keamanan dan kemanusiaan
Abdulrahman Al-Shanti cipta lagu & lirik sendiri
Aku dilahirkan di Gaza, Bunyi pertama ku dengar – bunyi bom,
Dalam hembusan nafas pertama, Aku rasai bau belerang…..
Daipada bait-bait lirik yang ditulis, sudah pun memaparkan derita, seorang kanak-kanak di Gaza. Lirik lagu yang dicipta rapper cilik dari Gaza, Abdulrahman Al-Shanti, ini mewakili luahan hati kesengsaraan kanak-kanak di bumi berdarah itu.
Abdulrahman dan rapnya kini tular di seluruh dunia.
Lirik itu ditulis Abdulrahman dalam lagunya berjudul, Keamanan – memperingati saat-saat operasi ketenteraan Israel ke atas Gaza pada tahun 2008-2009.
sumber:Yahoo News
Menggunakan irama rap dan membawa mesej kesukaran hidup kanak-kanak di Gaza, Abdulrahman ingin dunia mendengar apa yang menimpa Palestin melalui lagunya.
Abdulrahman mula dikenali setelah lagu rap dinyanyikan beliau ditonton ribuan penggemar lagu rap di media sosial. Malah lagunya turut dikongsi oleh rapper terkenal Britain, Lowkey.
Pada usia 11 tahun, Abdulrahman menulis sendiri lirik lagu dan tekun mempelajari Bahasa Inggeris supaya mesej keamanan dan kemanusiaannya didengari manusia sejagat.
Skil rap yang lancar diasah Abdulrahman dengan mendengar daripada lagu-lagu ikon rap terkenal dunia seperti, Eminem, Tupac dan DJ Khaled.
“Saya nak jadi seperti Eminem, bukan nak meniru gaya dia, saya ada gaya saya sendiri, tapi dia adalah rapper kegemaran saya”, kata Abdulrahman kepada Reuters.
Menulis lirik dan membuat lagu melalui aplikasi telefon bimbit, Abdulrahman berkata mesejnya kepada dunia, tanamkan nilai kemanusiaan atas apa yang masyarakat Gaza lalui.
Abdulrahman memasang impian ada sinar untuk Gaza yang berdepan pelbagai kesukaran sejak dilumpuhkan oleh sekatan sempadan Rejim Zionis sejak dari tahun 2007 lagi.
https://daysofpalestine.com/post/14818/Gaza-boy-11-voices-pain-through-rap
sumber:Youtube.com