KUALA LUMPUR : Ramai pesakit kritikal Covid-19 tidak dapat dimasukkan ke wad kerana kesesakan dan kekurangan katil di wad dan unit rawatan rapi (ICU).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata keadaan sama juga menimpa pesakit Covid-19 kategori tiga dan empat yaang memerlukan bantuan oksigen dan terpaksa dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang.
“Jumlah pesakit Covid-19 termasuk disyaki atau berkemungkinan masih lagi tinggi dan belum menunjukkan penurunan khususnya di kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.
“Buat masa ini, terdapat 1,224 pesakit Covid dimasukkan ke ICU yang mana 567 pesakit berada di Lembah Klang.
“Namun diingatkan, terdapat ramai pesakit kritikal yang masih berada di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital di Lembah Klang yang belum belumd apat dimasukkan ke wad kerana kesesakan dan kekurangan katil di wad dan ICU,” katanya dalam hantaran Facebook milik beliau semalam.
Mengulas lanjut, beliau berkata, KKM telah merangka langkah-langkah bagi mengatasi isu ini.
Katanya, antaranya, meningkatkan kapasiti Hospital Kuala Lumpur (HKL) merawat pesakit Covid-19 kategori empat dan lima serta penyumberluaran dengan merujuk pesakit bukan Covid-19 dari HKL ke hospital swasta berdekatan.
“Kedua, Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM juga akan dipertingkatkan kapasiti agar lebih ramai pesakit Covid-19 kategori empat dan lima dapat dirawat.
“Selain itu, meningkatkan kapasiti merawat pesakit Covid-19 di Hospital Selayang dan Hospital tengku Ampuan Rahimah Klang serta menjadikan Hospital AMpang sebagai hsopital Covid-19 sepenuhnya seperti Hospital Sungai Buloh mulai 30 Jun lalu,” katanya.
“Terdapat ramai pesakit kritikal yang masih berada di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital di Lembah Klang yang belum belumd apat dimasukkan ke wad kerana kesesakan dan kekurangan katil di wad dan ICU,” – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,
Oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan
https://bh-app.bharian.com.my/YQ7ofF5xNJD5ZdAu5