SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mengingatkan umat Islam menjadikan Ramadan sebagai medan untuk menginsafi dan bermuhasabah diri.
Tambah baginda, umat Islam mesti menjauhi perbuatan-perbuatan tercela seperti mengadu domba dan menyebar fitnah sempena bulan yang mulia ini.
“Abu Hurairah RA telah meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW pernah bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya (Riwayat al-Bukhari), ” titah baginda menerusi facebook Selangor Royal Office pada Khamis.
Titah baginda, Ramadan adalah bulan terbaik untuk melipatgandakan amalan-amalan berpahala serta melakukan amal kebajikan.
Baginda turut menasihatkan muslimin dan muslimat supaya terus mengimarahkan masjid dan surau termasuk menunaikan ibadah solat sunat tarawih secara berjemaah sepanjang Ramadan.
BACA JUGA
Misi Ramadan MAPIM Rangers : Ramadan bermakna buat masyarakat Orang Asli di Pahang