LONDON: Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling mulia dan sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia kerana mempunyai keberkatan serta dijanjikan ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah SWT.
Bulan Ramadan yang disambut oleh mereka yang beragama Islam turut diraikan dengan meriah di kota London dengan hiasan lampu di sekitar salah satu jalan paling popular di kota tersebut iaitu Coventry Street yang menghubungkan Piccadilly Circus dan Leicester Square.
London's West End has been lit up to celebrate the beginning of Ramadan. đ
For the first time, Coventry Street, which joins Piccadilly and Leicester Square, has been illuminated with the message âHappy Ramadanâ.https://t.co/v61TE5gSJZ pic.twitter.com/uxvSLjSm4f
— BBC London (@BBCLondonNews) March 21, 2023
Sebelum ini, jalan di sekitar kota London hanya dihiasi dengan lampu perayaan Krismas sahaja memandangan majoriti masyarakat di negara itu adalah beragama Kristian.
Namun, ia berbeza bagi Ramadan kali ini.
Individu yang menjayakan hiasan bagi meraikan bulan Ramadan itu adalah Datuk Bandar London iaitu Sadiq Khan.
Beliau merupakan individu beragama Islam pertama yang dilantik memegang jawatan tersebut sejak tahun 2016 yang lalu.
Bukan di Palestin, bukan di Arab Saudi tapi di London đ„č MasyaAllah.
Muslim yang tinggal di London selama 9 tahun berkata, tak pernah lagi bulan Ramadan disambut meriah seperti ini di kota yang minoritinya Muslim. pic.twitter.com/OT73bRgv4Z
— Cinta Gaza Malaysia – CGM (@cintagaza_my) March 22, 2023
“Saya berasa gembira kerana kota London menjadi bandar utama Eropah yang pertama melakukan hiasan lampu menakjubkan bagi menyambut bulan Ramadan. âRamadan Lightsâ ini adalah simbol menunjukkan bahawa bandar ini meraikan setiap kepelbagaian,” kata Datuk Bandar London, Sadiq Khan.
Semoga bulan Ramadan pada tahun ini lebih bermakna kepada semua umat Islam di seluruh dunia.
BACA JUGA
MAPIM Malaysia countryâs representative for international NGO Conference