SemasaSukan

Rakyat Malaysia cipta rekod dunia Guiness lari berbaju melayu

LONDON: Pelari maraton Malaysia Mohd Syahidan Alias, 36, mencapai Rekod Dunia Guinness dengan melengkapkan larian penuh di bawah 3 jam dan berpakaian tradisional, di TCS London Marathon 2023 pada Ahad.

Mohd Syahidan yang lebih dikenali dengan panggilan Edan Syah berkongsi kegembiraan mencipta maraton rekod dunianya menerusi catatan di laman sosial miliknya.

“Misi tercapai! Kami mencapai misi di bawah 3 jam sebagai Pemegang Rekod Dunia Guinness untuk Maraton Penuh Terpantas (42.2km) dalam Pakaian Melayu Tradisional (Lelaki).”

Edan menamatkan maraton dalam Baju Melayu dengan catatan masa 2 jam, 49 minit dan 22 saat, memecahkan rekod maratonnya sendiri.

Sebelum ini, beliau pernah mencipta rekod pada 2019 di Blackmores Sydney Running Festival di Australia bagi larian maraton terpantas dengan kostum bendera negara dengan masa 2 jam 54 minit.

Baju Melayu yang dipakainya adalah rekaan khas oleh sebuah butik tempatan yang terkenal dengan pakaian tradisional Melayu.

Menerusi Instagram miliknya, Edan turut melahirkan rasa berterima kasih kepada penaja pakaiannya.

“Terima kasih atas kepercayaan dan peluang anda untuk menerima idea ‘luar kotak’ ini (menyempurnakan misi dalam pakaian Baju Melayu),” tambahnya.

“Kami telah melakukan yang terbaik untuk menjadikan Baju Melayu kembali hebat. Terima kasih atas doa anda dan menyokong perjalanan. Apa seterusnya?,” tambah Edan.

Dalam salah satu muat naik Instagramnya, beliau mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya, dikenali sebagai Team Edan Syah, yang telah menderma hampir RM10,000 untuk kempennya, ‘Bulan Bintang Road To London‘ dengan kerjasama Team Livability UK.

BACA JUGA
MAPIM santuni banduan akhir di Penjara Kajang & Sungai Buloh

Related Articles

Back to top button