DomestikEkonomiSemasa

Rakyat lega kerajaan luluskan pengeluaran RM10,000 daripada KWSP

Putrajaya: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kerajaan hari ini memberi kebenaran untuk pencarum melakukan pengeluaran khas sebanyak RM10,000 daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pkerja (KWSP).

Perdana Menteri berkata, Kementerian Kewangan dan KWSP akan memaklumkan perincian pengeluaran simpanan tersebut.

Beliau berkata, keputusan itu dilakukan berdasarkan kepada dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan Keluarga Malaysia menunjukkan ada yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

“Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” katanya dalam pengumuman khas tengah hari ini.

Katanya lagi, ini melibatkan pengeluaran khas adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan. Oleh itu, keputusan memberi kebenaran pengeluaran caruman KWSP adalah keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat.

Katanya, walaupun kerajaan memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun beliau merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan,” katanya.

-Agensi

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button