BanjirSemasa

Rakyat China kumpul lebih RM600 ribu untuk Pakistan

Dana itu dikumpul hanya beberapa jam selepas Kedutaan Pakistan di Beijing mengumumkannya

BEIJING: Kedutaan Pakistan di Beijing telah berjaya mengumpul 1 juta Yuan bersamaan RM647,221.50 hanya beberapa jam selepas mereka mengumumkan membuka dana tabungan berkenaan.

Perkara itu dikongsi oleh Kaunselor Jabatan Penerangan China, Li Yang melalui laman twitter rasminya beberapa jam lalu.

“This Chinese boy, Young Mingxuan, donated all his new year’s money to help children affected by floods in Pakistan.” tweet Li Yang

Li Yang pada bebenang twitter-nya turut berkongsi kisah seorang kanak-kanak yang sanggup korbankan wang hasil simpanan tahun baru Cina demi membantu mangsa bencana banjir di Pakistan.

Tindakan kanak-kanak itu menerima pujian Duta Pakistan ke China, Moin ul Haque. Bagi beliau, tindakan pemurah kanak-kanak itu menjadi contoh kata-kata pujangga Cina ‘Jìn qí suǒyǒu’ yang bermaksud ‘memberikan semua yang dimiliki‘.

Malah menurut firman Allah SWT ada juga menekankan, “Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.” (Surah Al-Hadid, ayat 21).

Pakistan kini terus merayu masyarakat antarabangsa untuk menghulurkan bantuan makanan, ubat-ubatan, kewangan dan pakaian kepada mereka selepas dilanda banjir besar.

Ketika ini pelbagai negara telah menghulurkan bantuan kepada Pakistan bagi meredakan kesengsaraan yang ditanggung oleh puluhan juta rakyat Pakistan.


Negara Pakistan telah lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.

Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi

Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066

atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button