DuniaEkonomiKemanusiaanKerohanianPalestinSemasa

Rahsia pohon zaitun di Masjidil Aqsa

Pohon yang disebut dalam Al-Quran

Masjidil Aqsa adalah kiblat pertama orang Islam. Ia juga adalah masjid kedua di bumi yang dibina selepas Kaabah di Mekah. Selain itu ia adalah masjid suci ketiga selepas Masjidil Haram, dan Masjid Nabawi di Madinah.

Masjidil Aqsa juga mencatatkan banyak peristiwa bersejarah yang penting untuk umat Islam, dan antara yang paling mulia ialah peristiwa Israk Mikraj. Tempat bermulanya perjalanan Nabi Muhammad s.a.w ke langit. Perang Salib pertama juga berpusat pada penaklukan Masjidil Aqsa.

Semua status itu menjadikan Masjidil Aqsa antara tempat suci orang Islam yang sangat perlu dilindungi.

Di sebalik semua fakta itu, ada sisi lain Masjidil Aqsa yang tidak diketahui umum. Antaranya adalah, ada 700 batang pohon zaitun yang sudah berusia ratusan tahun ditanam dan dijaga di halaman Masjid Aqsa.

Pohon zaitun cukup istimewa kerana ia ada disebutkan khasiatnya dalam Surah Nur ayat 35.

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Manakala dalam Surah At Tin, pohon zaitun juga ada disebutkan dalam ayat 1 sehingga 4. Ibnu Abbas mentafsirkan perkataan ‘zaitun’ itu merujuk kepada tempat, iaitu Masjid Aqsa.

Ini membuatkan pohon-pohon zaitun di Masjid Aqsa sangat istimewa. Kini semua pohon zaitun itu dibawah jagaan Muslim Hands yang bertanggungjawab menjaga serta menuai hasil buah zaitun dan memproses menjadi minyak zaitun yang berkualiti tinggi.

Hasil jualan minyak zaitun itu, ia digunakan bagi membantu penduduk di sekitar Masjid Aqsa. Ia juga digunakan bagi memperbaiki Masjid Aqsa dan kawasan-kawasan bersejarah di sekitarnya seperti Perkuburan Bab ar-Rahmah yang diasaskan oleh Saidina Umar Al Khattab sejak 1400 tahun dahulu.

Kini pohon-pohon zaitun di Masjid Aqsa menjadi simbol kepada kekuatan dan perjuangan rakyat Palestin dalam menentang zionis. Itu menjadikan pohon-pohon zaitun itu sasaran zionis apabila tercetusnya konflik antara Palestin dan zionis.

_____________________

MASA UNTUK BERTINDAK!

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button