SemasaSukan

Qatar perkenal Islam di Piala Dunia 2022

DOHA: Qatar merupakan negara Muslim pertama yang menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2022. Qatar memanfaatkan sepenuhnya peluangnya untuk menyebarkan agama Islam dan memerangi tanggapan negatif termasuk Islamofobia sepanjang acara tersebut.

Pembukaan Piala Dunia 2022 telah menarik perhatian dunia. Acara yang berlangsung menjadi topik perbualan popular di media sosial terutamanya mengenai bacaan ayat suci Al Quran.

Ghanim Al-Muftah, Duta Piala Dunia 2022 telah memulakan bacaan Surah Al Hujuraat ayat 13 di upacara pembukaan Piala Dunia 2022.

Ini juga merupakan kali pertama dalam sejarah, bacaan Al Quran berkumandang dalam acara pembukaan Piala Dunia dibawah kelolaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Penglibatan agama Islam dilihat sangat dititikberatkan dalam penganjuran Piala Dunia 2022 oleh negara Qatar dan mendapat pujian ramai.

Antara perkara yang Qatar lakukan adalah dengan memasang poster beberapa hadis Nabi ﷺ di segenap penjuru bagi mempromosikan keindahan Islam. Selain itu kerajaan Qatar mengharamkan dan melarang penjualan alkohol di stadium.

Seterusnya, Qatar meletakkan barcode tentang perkenalan Islam  di hotel untuk pelancong luar. Penduduk sekitar Qatar juga menceritakan kebaikan dan keindahan azan yang dilaungkan di sana kepada pelancong.

Pelancong dan penduduk sekitar juga menolak temu ramah dari wartawan israel. Menarik tumpuan, apabila pemain bola sepak melakukan sujud syukur di tengah padang setelah menjaringkan gol.

Malah pengalaman yang luar biasa untuk memastikan para pengunjung tidak melewatkan seruan solat, laungan Adzan diperdengarkan. Untuk itu, mereka menghadirkan muadzin-muadzin bersuara merdu dan juga memasang mikrofon di stadium untuk melaungkan suara Adzan seluas-luasnya.

Peminat bola dari Korea ini mengejutkan wartawan dan orang ramai dengan kebolehannya berbahasa Arab ketika di temu ramah di Piala Dunia 2022, Qatar.  

Tambahan lagi, terdapat sebuah keluarga Brazil memeluk Islam di sebuah masjid ketika mereka berada di Doha untuk menonton Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

Stadium turut memiliki tempat khusus untuk menunaikan solat. Hal ini menjadi sebahagian daripada usaha Qatar untuk memberikan pengalaman tentang Islam yang sebenarnya kepada pengunjung dari seluruh dunia.

 

BACA JUGA
Syria umpama kem ‘penjara udara terbuka’ kanak-kanak

Related Articles

Back to top button