DOHA : Qatar telah menyumbangkan rumah mudah alih, yang digunakan untuk Piala Dunia FIFA 2022 bagi menempatkan peminat bola sepak di negara itu, ke kawasan yang dilanda gempa bumi di Turkiye dan Syria, seorang pegawai Qatar memberitahu Reuters pada hari Isnin.
Rumah itu akan menempatkan mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi yang kini meragut lebih 37,000 nyawa sehingga Selasa, 14 Februari.
Qatar said it will donate 10,000 mobile homes, originally used to house soccer fans during the 2022 World Cup, to quake-hit areas in Turkey and Syria pic.twitter.com/RR2EMuBj2O
— Reuters (@Reuters) February 13, 2023
Sebuah kapal yang membawa 350 unit pertama meninggalkan Qatar ke Turkiye pada hari Ahad, kata pegawai itu kepada Reuters.
Qatar telah berjanji untuk menghantar 10,000 unit rumah mudah alih ke zon gempa bumi, kata Dana Pembangunan Qatar.
Qatar is sending 10,000 mobile homes for those made homeless by the earthquake in Turkiye & Syria. They were originally used as accommodation for World Cup fans. 🇶🇦🇹🇷 pic.twitter.com/dhmmr25gbR
— ilmfeed (@IlmFeed) February 13, 2023
“Memandangkan keperluan mendesak di Turkiye dan Syria, kami telah mengambil keputusan untuk menghantar kabin dan karavan kami ke rantau ini, memberikan sokongan yang sangat diperlukan dan segera kepada rakyat Turkiye serta Syria,” kata pegawai itu kepada Reuters.
Jumlah kematian akibat gempa bumi minggu lepas telah mencecah 37,000.
Pihak berkuasa Turkiye berkata bahawa 31,643 orang telah terbunuh di negara itu. Menurut pengiraan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kerajaan Syria, lebih 5,814 orang telah terbunuh di Syria.
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia