DuniaPalestinSemasa

Qatar buang nama Israel dalam laman web hospitaliti Piala Dunia FIFA 2022

Sebaliknya ia diganti dengan Palestin

DOHA : Laman web rasmi Piala Dunia FIFA Qatar 2022 telah membuang nama Israel dalam senarai untuk menempah hospitaliti di negara itu, sebaliknya ia digantikan dengan ‘Wilayah Palestin yang diduduki’ sebelum ditukar kepada ‘Palestin’ sebagai pilihan.

Langkah tersebut menerima pujian global terutamanya daripada penyokong pejuang Palestin dalam menolak hubungan normalisasi bersama negara Zionis itu.

Sumber laman web Hospitality FIFA

Israel perlu memilih wilayah Palestin untuk menempah tiket mereka kerana laman web tersebut adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan tiket Piala Dunia, yang berlangsung pada bulan November.

Langkah ini dibuat susulan gesaan  mengharamkan Israel daripada Piala Dunia 2022 di Qatar, sama seperti larangan Rusia daripada Piala Dunia.

Terdahulu, Israel memohon persetujuan FIFA pada Jun bagi membenarkan warga Israel membeli tiket kejohanan dan memasuki Qatar, sekali gus ia adalah kali pertama buat mereka diterima masuk ke negara itu.

Winterhill Hospitality, sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong melalui anak syarikatnya MATCH Hospitality mempunyai hak eksklusif sebagai satu-satunya syarikat yang menawarkan pakej perjalanan ke Qatar.

Mereka turut menyediakan perkhidmatan hospitaliti untuk Piala Dunia termasuk setiap tiket eksklusif bagi setiap perlawanan Piala Dunia FIFA Qatar secara langsung atau melalui ejen jualan yang dilantik.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang sedang derita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button