InspirasiSemasa

Qari OKU penglihatan ingin mencari reda Allah bukan kemenangan

BUTTERWORTH: Penyertaan seorang qari kekurangan upaya (OKU) penglihatan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 25, dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2023 adalah untuk mencari reda Allah bukan kemenangan.

Wakil daripada Kelantan bagi kategori tilawah lelaki itu berkata menggunakan kemahiran taranumnya untuk mencari reda Allah selain usaha menanam rasa cinta terhadap ayat-ayat Al-Quran kepada penonton.

Persembahan Muhammad Qayyim yang menggunakan Al-Quran Braille pada malam kedua MTHQK 2023 itu telah menarik perhatian dan menyentuh hati ramai orang.

Muhammad Qayyim Nizar Sarimi ketika menjadi Johan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2020. (Kredit Foto Twitter Pustaka Darul Iman)

Muhammed Qayyim sering membaca al-Quran Braille hampir pada setiap masa sehingga tertidur.

Anak sulung daripada 6 beradik itu turut memberitahu bahawa beliau sudah tiga kali menukar Al-Quran Braille miliknya kerana tulisan timbul pada Al-Quran itu sudah ‘hilang’ kerana sering membacanya.

Bekas johan MTHQK 2020 itu berkata ramai peserta yang hebat menyertai MTHQK 2023 pada tahun ini dan berharap negara ini akan terus melahirkan qari serta qariah yang akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mencintai Al-Quran.

 

BACA JUGA
Keikhlasan dalam melakukan ibadah korban

 

Related Articles

Back to top button