Pihak berkuasa Israel memutuskan bekalan elektrik ke Gaza pada Ahad yang lalu, mencetuskan krisis kesihatan yang serius. Ini berlaku meskipun Perjanjian Oslo tahun 1993 menetapkan bahawa Israel harus membekalkan 120MW elektrik kepada Gaza.
BBC memetik kenyataan pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu turut mengesahkan bekalan elektrik, bahan api dan barangan tidak akan disalurkan ke Gaza.
Akibat pemutusan bekalan elektrik, hospital-hospital di Gaza kini bergantung kepada generator yang semakin uzur, meningkatkan penggunaan bahan api dengan sumber yang sangat terhad. Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qedra, mengesahkan bahawa stok bahan api yang ada tidak mencukupi untuk mengekalkan operasi hospital dalam tempoh yang lama.
“Stok bahan api yang ada kini tidak mencukupi untuk mengekalkan operasi hospital dalam tempoh yang lama, kami amat bimbang generator elektrik mungkin berhenti berfungsi pada bila-bila masa,” kata beliau
Memburukkan keadaan, jumlah pesakit yang dirawat di hospital telah meningkat dengan ketara, terutama dalam kes-kes yang melibatkan masalah jantung dan pembedahan.
Situasi ini amat membimbangkan, terutama bagi pesakit yang bergantung kepada mesin pernafasan, pesakit yang memerlukan dialisis, dan pesakit yang sedang menjalani prosedur pembedahan. Nyawa pesakit, termasuk bayi yang baru lahir, kini terancam.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Sumber : MME & BBC