Puluhan individu jadi korban Ribut Trofika Ana
AFRIKA SELATAN : Ribut Tropika Ana yang melanda di Afrika Selatan menyebabkan ramai yang menjadi mangsa.
Terdapat 41 kematian di Madagascar, dan hampir 100,000 orang diarah tinggal di pusat penempatan sementara.
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban di Malawi.
Ribut di Malawi menyebabkan bekalan elektrik terputus dan kawasan tertentu telah diisytiharkan sebagai zon bencana.
Sementara itu, lebih 12 orang telah menjadi korban di Mozambique akibat banjir yang menjejaskan 20,000 orang.
Menurut anggaran perkhidmatan bencana negara Mozambique, hampir 3,000 kediaman sebahagiannya dirobohkan dan lebih 600 lagi musnah sepenuhnya.
Walaupun ribut telah berlalu, hujan lebat dan ribut petir terus melanda kawasan tertentu.
Perdana Menteri Carlos Agostinho do Rosário berkata, negaranya tidak meminta bantuan tetapi cabarannya lebih besar daripada kemampuan mana-mana negara bagi menangani krisis pasca banjir.
Beliau mengakui bencana itu berpunca daripada cuaca buruk.
“Kita adalah negara yang tidak banyak menyumbang untuk perubahan iklim, namun kita adalah antara negara yang paling menderita akibat kesannya,” katanya.
Beliau merayu bantuan antarabangsa dan Unicef, agensi kanak-kanak PBB menghantar kakitangan ke negara itu untuk membantu kira-kira 45,000 individu yang memerlukan bantuan kemanusiaan.
Sementara itu, jabatan meteorologi wilayah itu telah mengeluarkan amaran mengenai ribut di Lautan Hindi yang dijangka tiba dalam beberapa hari akan datang.
-AGENSI