PETALING JAYA : Jawa, Indonesia dilanda gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada pukul pukul 8.26 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 7.9 darjah Selatan dan 105.9 darjah Timur.
“Kejadian itu berlaku pada kedalaman 78 kilometer (km) dan 160km Barat Daya dari Sukabumi, Indonesia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Namun, MetMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia berikutan kejadian bencana alam tersebut.