InspirasiKerohanianSemasa

Puasa Mengikut Gaya Rasulullah SAW

Ahlan wa sahlan ya Ramadan, selamat datang bulan yang diberkati, penuh hikmah dan keampunan. Malah Rasulullah SAW akan bergembira apabila menjelangnya bulan Ramadan bagi mengajak para sahabat dan umat Islam untuk beribadat kepada Allah SAW.

Ibadah puasa di bulan Ramadan ini merupakan amalan fardhu yang diwajibkan kepada umat Islam, Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Wahai orang-orang beriman!! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa”. Surah Al-Baqarah 2:183

Keperibadian Rasulullah SAW yang agung dan sempurna dengan amalan-amalan yang baginda lalukan sejak dahulu lagi boleh dijadikan contoh dalam masyarakat.

Dalam bulan yang mulia ini, mari kita lihat bagaimana gaya Rasulullah SAW meraikan bulan Ramadan.

Yang pertama, Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk bersahur sebelum kita berpuasa. Baginda sangat mengalakkan kita bersahur di awal pagi iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh. Amalan bersahur ini dapat memberi kesegaran kepada kita, dalam hadis dari Anas Bin Malik, Rasulullah bersabda :

‘ Bersahurlah kerana pada sahur itu mendapat keberkatan’ (HR Al -Bukhari)

 Yang kedua, Rasulullah menyegerakan berbuka puasa kerana ia perbuatan yang mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari lapar dan dahaga.

Hal ini disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, yang bermaksud:

‘ Manusia itu akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagimana mereka mempercepatkan berbuka puasa’ (HR Al-Bukhari)   

Yang ketiga, Rasulullah mengajar kita untuk berbuka dengan beberapa biji kurma ketika berbuka puasa, ini kerana kurma memberikan banyak manfaat kesihatan kepada manusia yang juga merupakan Sunnah Rasulullah.

Gaya berpuasa Rasulullah yang keempat ialah, tidur Qailulah yang diajar oleh Rasulullah SAW dengan cara tidur sebentar sebelum solat zuhur. Baginda mengajar kita supaya sentiasa kelihatan cergas ketika berpuasa dan memudahkan kita bangun di waktu malam untuk mengerjakan amal ibadat.

Pandangan ini dikuatkan lagi dengan, hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majahyang bermaksud:

‘Kuatkan puasa di siang hari dengan makan sahur dan qailulah untuk bangun malam’ (HR Ibnu Majah)

Yang kelima, menjaga tutur biacara daripada mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat, mengadu domba, dan pelbagai lagi perkara mazmumah yang dilarang ketika berpuasa.

Akibatnya kita akan mendapat lapar dan dahaga kerana tidak menjaga lidah.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang bermaksud:

‘barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan keji (dusta) serta mengamalkannya, maka Allah tidak berhajat orang itu meninggalkan makan dan minumnnya’ (HR Al-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda dalam sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud :

Ramai orang berpuasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah untuk mengantuk (tiada pahala)’ (HR Ahmad)

Yang keenam, amalan yang Rasulullah ajar pada kita, menginfaqkan sedikit harta kita dengan memberi makan pada orang yang berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

‘Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanoa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa’
(HR Ahmad, Al-tarmizi)

Amalan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW, ialah berdoa ketika berbuka puasa adalah mustajab dan kita sangat digalakkan untuk berdoa apa sahaja yang kita inginkan ketika menunggu waktu berbuka.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

‘Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak’  (HR Ibn Majah)

Sebuah hadis lagi, ada mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

‘Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa orang yang dizalimi’
(HR Ibn Majah)

Justeru itu, amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW boleh menjadi ikutan dalam masyarakat dan mampu mengubah gaya hidup kita yang bercerminkan sunnah Rasulullah SAW dalam beribadat.

Marilah sama-sama kita mengamalkan sunnah yang di ajar oleh Rasulullah ini, dalam kehidupan seharian kita dan semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita agar dapat menyempurnakan ibadah puasa hingga ke akhirnya.

 Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button