Semasa

Puas hati penjelasan pengurusan darurat, COVID-19

Penjelasan oleh PM kepada Majlis Presiden Perikatan Nasional

CYBERJAYA: Majlis Presiden Perikatan Nasional yang mengadakan mesyuarat pada petang tadi berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan panjang lebar mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat, pengurusan pandemik Covid-19 dan pelan immunisasi vaksin yang akan bermula bulan Februari 2021 ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata mesyuarat yang berlangsung selama 2 jam dalam suasana akrab dan muhibah.

“Saya bersyukur bahawa mesyuarat yang berlansung selama lebih kurang 2 jam dalam suasana akrab dan muhibah telah menyambut baik taklimat Proklamasi Darurat dari YB Dato Takiyuddin Hassan (Parlimen dan Undang-undang), Ybhg Tan Sri Mohd Zuki Ali (Ketua Setiusaha Negara) dan YBhg Dato Dr Norhizan Ismail (Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia),” – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Turut sama dalam mesyuarat yang diadakan secara atas talian Presiden UMNO, PAS, PBB, MCA, MIC, PRS, SUPP. PDP. PBS, STAR dan SAPP manakala PBRS telah diwakili oleh Timbalan Presidennya.

Tegas Muhyiddin yang juga Presiden parti BERSATU, Majlis Presiden akan terus menjadi platform perbincangan tertinggi bagi kesemua parti politik dalam Kerajaan Perikatan Nasional.

“Ianya demi memastikan kestabilan politik dan kelancaran pentadbiran Kerajaan serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya. – FB Tan Sri Muhyiddin Yassin

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button