Domestik

Puan Mariyam tabah mengharungi kesusahan hidup akibat pandemik covid-19

Peduli Ummah

Nilai : Dalam mengharungi pandemik covid-19, kita memang berada dalam gelora yang sama, tetapi kapal kita sahaja yang berbeza. Ada yang kapalnya besi dan utuh, ada yang cuma sampan kayu yang rapuh.

Itulah situasi yang dilalui oleh keluarga ini. Ketika menemui keluarga Puan Mariyam binti Rosli di Taman Desaria, Nilai, daripada mata mereka terlihat ketenangan dan rasa kelegaan dengan kedatangan MAPIM Malaysia, bersama wakil Persatuan Penduduk Desaria. Tidak ada yang menyangka di sebalik itu ada kisah sedih yang keluarga ini simpan.

 

Kehidupan keluarga Puan Mariyam yang punyai tiga orang anak yang masih bersekolah, pada mulanya biasa sahaja. Sama seperti keluarga-keluarga lain. Tetapi pada hujung tahun 2019, suaminya mengalami sakit kepala yang tidak tertahan. Sakitnya sehingga suaminya tidak sedarkan diri.

Selepas dibawa ke hospital di Seremban, dan scan pada bahagian kepala, barulah diketahui puncanya. Suaminya mengalami pendarahan otak dan terpaksa dibedah. Pembedahan itu berhasil tetapi masalah lain pula yang muncul. Saraf beliau menjadi sempit dan membuatkan suaminya mudah sakit pinggang, sehingga setiap bulan suaminya terpaksa mengambil cuti sakit.

Ia menjejaskan kerja dan pendapatan mereka sekeluarga. Apatah lagi ketika covid-19 melanda, syarikat semakin berjimat cermat dan ia memberi kesan sangat besar kepada suaminya. Puan Maria terpaksa bekerja sambilan di gerai adiknya bagi menampung perbelanjaan keluarga yang meningkat. Selain ubatan dan makanan, anak-anaknya juga perlukan internet untuk pdpr.

Ketenangan Puan Mariyam berubah menjadi sebak ketika menceritakan kisah hidupnya kepada pegawai MAPIM dan membuatkan pegawai MAPIM hanya mampu menahan hiba.

MAPIM Malaysia memberikan sumbangan kotak makanan untuk Puan Mariyam dan keluarga. Menurut pegawai MAPIM, Tuan Fakhruddin Zainol, “Ia sumbangan yang kecil tetapi setidak-tidaknya ia memberi tanda bahawa masih ramai yang peduli dan mengambil berat. Khususnya MAPIM sendiri, kami memang sangat peduli dengan urusan ummah. Untuk waktu begini, sokongan moral sangat perlu.”

MAPIM Malaysia mengharapkan akan ada lebih banyak sumbangan daripada rakyat Malaysia bagi membantu lebih ramai keluarga seperti Puan Mariyam ini.


MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.

Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com

ATAU menerusi Akaun Maybank

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu

1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016


Related Articles

Back to top button