BAITULMAQDIS: Tentera rejim israel sering melakukan provokasi terhadap wartawan dan petugas media sehingga menyebabkan kecederaan parah malah meragut nyawa.
Terlalu banyak insiden telah dilaporkan berlaku termasuk melepaskan gas pemedih mata ke arah kru media, memukul, menahan wartawan, mengepung dan menyerang klinik serta hospital.
Segala bukti telah didokumentasikan dan dikongsi media dalam bentuk hebahan media dan saluran.
Pergerakan Hamas menjelaskan jenayah itu dilakukan adalah untuk menyasarkan dan menutup mulut bukan sahaja wartawan Palestin tetapi media antarabangsa daripada menyebarkan berita mengenai situasi sebenar yang berlaku di Palestin serta menghalang petugas kesihatan daripada memberi rawatan kepada umat Islam yang cedera.
Hamas telah mengesahkan bahawa jenayah terhadap wartawan ini tidak akan mengubah kebenaran tentang keganasannya dan tidak akan mendorong wartawan untuk menghentikan liputan media mengenai pencabulan serta kezaliman israel.
Why would Israel attack journalists and detain them?!
Al Jazeera’s veteran journalist Givara Budeiri assaulted and detained by Israeli occupation militias in occupied Jerusalem
pic.twitter.com/a9jVdm8LSm— Palestine Info Center (@palinfoen) June 5, 2021
Dalam siaran akhbar yang dikeluarkan pada Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, pergerakan itu menjelaskan bahawa pencerobohan serta pencabulan israel terhadap wartawan menyamai perang terhadap kebebasan bersuara dan merupakan pelanggaran terhadap undang-undang serta konvensyen antarabangsa.
“Jenayah ini mendedahkan ketakutan pendudukan israel untuk melaporkan kebenaran dan berita tentang jenayah yang semakin meningkat terhadap Palestin, tanah mereka, dan tempat suci,” kata Hamas.
Israel bombed the Gaza tower that housed AP, Al Jazeera & many International news media offices. Hence, clear Isreal wants to intimidate & silence journalists who have exposed their terrorist act in Palestine! #Gaza_Under_Attack pic.twitter.com/UZ3A3GBkV0
— Salman Nizami (@SalmanNizami_) May 15, 2021
Pergerakan itu memuji semua wartawan dan pekerja media pada Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang disambut pada Rabu yang terus berani mengetengahkan kisah Palestin dan melaporkan pencabulan penjajahan israel kepada dunia.
BACA JUGA
Kematian aktivis Palestin: Umat Islam diajak nyatakan solidariti
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia