Tahniah ! Malaysia atas kejayaan membawa jenama kereta tempatan Proton ke persada antarabangsa.
Proton kini baru sahaja melancarkan kilang pemasangan tempatan (CKD) di Karachi Pakistan, yang dioperasikan oleh rakan kerjasama iaitu Al-Haj Automotive.
Bekas pengarah produksi dan kualiti Proton Malaysia, Aris Anuar dilantik sebagai Ketua Pengarah Pembuatan bagi kilang baharu tersebut.
Memetik laporan Paultan.org pada 18 Oktober, kilang tersebut berjaya direalisasikan menerusi perjanjian yang dipersetujui dan ditandatangani kedua-dua pihak pada Mac 2019 dengan pelaburan bernilai USD30 juta (sekitar RM125 juta).
“Proton X70 dilancarkan di Pakistan pada Disember 2020, begitu juga Saga yang rasmi masuk ke pasaran negara tersebut pada April tahun ini,” katanya .
Jelasnya, SUV segmen-C X70 dikeluarkan selepas model Saga sebelum berakhirnya 2021.
“Al-Haj juga mengumumkan harga bagi unit CKD bagi kedua-dua model berkenaan pada Julai lalu menyaksikan penurunan harga sehingga 100,000 rupee (RM2,422).
“Perasmian pembukaan kilang baharu berkenaan dihadiri oleh Presiden Pakistan, Arif Alvi, bersama CEO Al-Haj Automotive Hilal Khan Afridi serta Konsul Jeneral Malaysia di Pakistan, Khairul Nazran,” katanya.
Oleh Nurshazlin Shahrom