Semasa

Promosi bufet Ramadan tanpa pengiktirafan “Halal” adalah dilarang – JAKIM

Oleh: Izzul Nazaruddin, wartawan pelatih

Hotel dan restoran tanpa kelulusan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dilarang promosikan bufet bertema Ramadan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan amaran keras menerusi hantaran di Facebook mengatakan ia termasuklah larangan seperti iklan, tuntutan yang mengelirukan.

“Sekiranya sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000 berdasarkan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011,” katanya.

Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011 merupakan salah satu tanda yang menunjukkan makanan itu halal kerana diberi pengiktirafan daripada pihak berkuasa yang berwibaba seperti JAKIM dan Majlis Agama Islam bagi negeri-negeri tersendiri.

Penggunaan perkataan “Halal” atau penggunaan ayat yang memberi imej makanan yang boleh dimakan orang Islam dibawah Perintah Perihal Dagangan menunjukkan makanan itu tidak mempunyai bahan yang terlarang dari orang Islam seperti khinzir dan arak.

Serta makanan bahan makanan yang digunakan telah mengikut syarak seperti ayam yang disembelih mengikut ajaran Islam.

Hotel atau restoran tanpa pengiktirafan SPHM yang promosikan makanan mereka dengan tema Ramadan boleh menimbulkan keraguan dan kekeliruan antara umat Islam justeru memberi kesan kepada ibadah puasa mereka.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button