Semasa

Program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM di Masjid Bilal Bin Rabah Raih Sambutan Luar Biasa

Kuala Lumpur – Program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM yang diadakan untuk kali pertama di Masjid Bilal Bin Rabah mendapat sambutan hangat dan positif daripada komuniti setempat.

Mendapat sambutan menggalakkan

Program yang menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma ini menyentuh hati para warga emas seperti Ahmad Muhiden bin Abdulahab yang bersyukur kerana untuk hari ini boleh mendapatkan rawatan untuk darah tinggi dan kencing manis dekat dengan rumahnya.

“Alhamdulillah, berhampiran rumah dapat menerima rawatan,” kata beliau, gembira.

Nor Lani binti Mohd Yusof turut menyatakan rasa terujanya dengan layanan yang diberikan, sambil mengungkapkan rasa terima kasih kerana ubat-ubatan disediakan secara percuma.

Sementara itu, Mohamad Fauzi bin Ghani, seorang pesara, juga menyatakan kepuasannya dengan rawatan yang diterima dan merancang untuk kembali pada hari kedua program bersama isterinya.

Ustaz Mohd Noor Ihsan, Ketua Imam Masjid, menyambut baik pelaksanaan program Mobile Clinic ini dan mengharapkan lebih banyak program serupa dapat diadakan pada masa depan. Beliau juga menekankan pentingnya maklumat mengenai program ini disebarkan kepada kariah masjid dan penduduk setempat melalui platform media sosial dan grup WhatsApp untuk memastikan lebih ramai yang dapat memanfaatkan servis ini.

Program Mobile Clinic ini jelas menunjukkan komitmen MAIWP-MAPIM dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui akses kepada perkhidmatan kesihatan yang mudah dan efektif.

Related Articles

Back to top button