PalestinSemasa

Program Klinik Bergerak MAIWP-MAPIM di INCEIF University Kuala Lumpur Pukau Pengunjung

Program Klinik Bergerak MAIWP-MAPIM yang diadakan di INCEIF University Kuala Lumpur, sempena sambutan INCEIF Health Day, telah berjaya memberikan perkhidmatan kesihatan percuma kepada lebih 70 orang pengunjung. INCEIF Health Day turut dihadari pelbagai agensi kesihatan seperti AIA, Bulan Sabit Merah, Vita Health, Farm Fresh, PPZ, Fitness First, dan banyak lagi, yang turut menyertai festival kesihatan ini.

Pada hari ini, pengunjung berpeluang untuk menerima rawatan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma daripada pasukan doktor dan sukarelawan yang berpengalaman dan berdedikasi. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat setempat tetapi juga membuktikan usaha murni MAPIM dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada golongan yang memerlukan.

Komen Pengunjung

Ramai pengunjung yang hadir meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas perkhidmatan yang diberikan, terutamanya dengan adanya klinik bergerak ini yang memberi kemudahan kepada mereka untuk mendapatkan rawatan secara percuma. Program ini juga telah menunjukkan komitmen padu dari semua pihak yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mesra dan profesional.

Dengan kejayaan program ini, diharapkan lebih banyak lagi inisiatif seperti ini dapat diteruskan untuk memastikan kesejahteraan dan kesihatan masyarakat terus terjamin.

Related Articles

Back to top button