MAPIM Malaysia meriahkan Festival Ramadan Putrajaya 2022
365 Hari Jelajah Peduli Ummah

Oleh: Izz Nazaruddin
PUTRAJAYA: Peralihan ke fasa pra-endemik telah mengembalikan senyuman untuk semua. Kesempatan itu telah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh Geng Surau Putrajaya (GSP) dengan menganjurkan Program Ihya Ramadan Putrajaya.
Program itu turut dimeriahkan dengan jemputan khas Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), yang menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma melalui inovasi Double-Decker Mobile Clinic, dan edaran makanan percuma yang dimasak menerusi inovasi terkini MAPIM Mobile Kitchen.
Program bermula dari pukul 4 petang sehingga 10 malam itu diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, (Dr) Sani Araby Al-Kahery dan Penasihat Syariah MAPIM Malaysia, Ybhg Prof Madya Dato’ Dr Izhar Ariff yang tampil dalam slot ’60 Minit Bersama Murabbi’, sebelum majlis berbuka puasa. Program bicara secara santai ini menampilkan Ybhg Al-Fadzil Ustaz Haji Zakaria Othman selaku moderator.
Antara yang menarik lagi dalam program ini adalah, Program Iftar Bersama Murabbi, iaitu majlis berbuka puasa beramai-ramai yang diadakan di dataran Putrajaya, seksyen 3, di hadapan Istana Kehakiman.

Titipan intipati penting dalam slot itu ialah, pesanan Ybhg Ustaz Dr Izhar Ariff apabila memasuki 10 malam terakhir di bulan Ramadan ini, umat Islam disyorkan menggandakan ibadah sepertimana Rasullullah SAW yang turut menggandakan ibadah Baginda.
“Kata Saidatina Aisyah RA, di 10 malam terakhir Ramadan ini, amat luar biasa amalan Rasullullah SAW maka saya juga mengajak anda semua untuk turut berinfaq.”
“MAPIM Malaysia mencari seribu satu peluang untuk dapat meluaskan kasih sayang Islam menerusi khidmat langsung sesuai dengan tagline MAPIM inspirasi Hadis baginda Rasulullah SAW “ Khairul Nas Anfa Uhum LinNas”. Besar sekali harapan saya untuk MAPIM MALAYSIA berada dimana saja samada dalam atau luar negara, 365 Hari untuk menyantuni Ummah!.”


Bagi menambahkan kemeriahan program, kuiz bertemakan Ramadan turut diadakan dan ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat.


Program berakhir seusai solat maghrib itu boleh dikatakan berjaya dan rata-rata pengunjung kagum dengan kehadiran aset-aset MAPIM, dan ramai juga yang dapat mengenali lebih dekat tentang MAPIM Malaysia. Ramai juga mengesyorkan Geng Surau Putrajaya (GSP) untuk adakan lagi program sebegini bersama MAPIM Malaysia

AYUH INFAQ AMBIL PELUANG GANDAKAN PAHALA DI BULAN MULIA RAMADHAN AL-MUBARAK
MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau infaq menerusi
www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038