DuniaSemasa

Pro Palestin serbu syarikat senjata Israel

Kecam tindakan kejam Zionis

LONDON : Aktivis pro Palestin bertindak menutup pejabat syarikat pembuatan senjata Israel ‘Elbit Systems’ di London dengan menyembur cat merah sebagai simbol ‘titisan darah’.

Senjata yang dihasilkan oleh ‘Elbit Systems’ dilengkapkan  pada UAV (drone) zionis, sekaligus menjadikan orang awam Palestin sebagai sasaran serangan.

Pada Jumaat, pengambilalihan pejabat di Holborn adalah yang terbaru dalam siri protes oleh ‘Palestin Action’ terhadap Elbit.

Dalam satu kenyataan, ‘Palestin Action’ mengatakan pihaknya telah menutup pintu masuk bangunan Elbit serta menduduki lokasi berkenaan dan menghalang operasi premis.

“Tapak premis disembur sepenuhnya merah bagi menandakan pertumpahan darah hasil keuntungan Elbeit dengan pesawat buatan UK dan teknologi ketenteraan yang digunakan bagi melakukan jenayah perang dan penindasan di Palestin dan di seluruh dunia,” katanya.

Oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button