PendidikanSemasa

Prinsip Maqasid Al-Shariah harus jadi asas pembangunan negara

PUTRAJAYA: Prinsip Maqasid Al-Shariah harus menjadi asas kepada pembangunan negara dan membentuk keharmonian dan perpaduan masyarakat yang bersifat majmuk tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar semasa program Persidangan Eksekutif Minda Maqasid di Masjid Putra, Putrajaya anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada Isnin.

“Saya menyentuh serba ringkas tentang perkembangan dimensi ilmu Maqasid Al-Shariah selain peranan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam mengaplikasikan 5 prinsip Maqasid Al-Shariah dalam tadbir urus“, kata Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar .

Konsep Maqasid Al-Syariah seharusnya dijadikan dasar pemerintahan bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang dihormati dan disegani dunia.

Maqasid Al-Syariah itu bermaksud bahawa syariah mempunyai tujuan utama yang hendak dicapai. Setiap keputusan dan tindakan dalam konteks ‘multiracial society‘ perlu dibuat secara berhati-hati dan berhemah supaya tidak timbul kebencian dan perselisihan agama dan kaum.

Datuk Dr Haji Mohd Na’im Mokhtar bersama Prof. Dr. Jaser Auda, Presiden Maqasid Institute Global

Hadir sama pada Persidangan Eksekutif Minda Maqasid itu adalah Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajjah Hakimah Mohd Yusoff bersama tetamu jemputan Profesor Dr. Jaser Auda, Presiden Maqasid Institute Global, Kanada.

Dalam persidangan tersebut hadirin mendengar dan mengamati syarahan yang disampaikan tokoh pemikir itu yang membentangkan tentang Pembangunan Minda Maqasid Dalam Penggubalan Dasar Ke Arah Mencapai Kesejahteraan Sosio-Ekonomi.


Syarahan yang telah disampaikan Profesor Dr. Jaser Auda telah membuka minda selain menjelaskan kepentingan Maqasid Al-Shariah untuk diterjemahkan dalam lapangan yang praktikal.

Keharmonian dan pembelaan aspek kebajikan semua kaum serta agama di negara penting dalam menjustifikasikan negara ke arah model Malaysia sebagai negara Islam disegani dunia.

BACA JUGA
MAPIM anjur program ‘healing’ melalui Majlis Ummah Berselawat

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button