DuniaHiburanKemanusiaan

Prihatin kepada Gaza, Simon Cowell tarik diri dari ‘X Factor Israel’

`Atas sebab tersendiri'

Prihatin dengan apa yang berlaku di Gaza, juri rancangan terkenal, Simon Cowell, menarik dirinya menjadi barisan juri musim terbaharu rancangan X Factor Israel.

Memetik akhbar Mirror, wakil penerbit rancangan tersebut iaitu Reshet memberitahu Cowell, yang sering membuat kritikan membisa, membuat keputusan tersebut atas sebab tersendiri.

Simon Cowell is seen for the first time since breaking his back in horror eBike fall | Daily Mail Online

Sebelum itu, khabar angin mengenai penarikan dirinya bertiup kencang sejak dua minggu lalu apabila Reshet memaklumkan mereka dihubungi wakil Cowell atas dasar keprihatinan berhubung pembabitannya dalam rancangan itu.

Kebimbangan disuarakan susulan keganasan terbaru yang berlaku antara Israel dan Hamas di Gaza namun pada masa itu, Cowell masih belum memuktamadkan keputusannya.

Akhir tahun lalu, penerbit veteran dan juri TV realiti itu  menandatangani perjanjian untuk menjadi salah seorang juri pada musim seterusnya rancangan realiti muzik Israel, yang dijadualkan untuk memulakan penggambaran musim panas ini.

Minggu lalu, Jewish News memetik satu sumber rapat kepada selebriti itu sambil menyuarakan rasa kecewa kerana tidak dapat menyertai rancangan terbabit disebabkan ‘beberapa alasan’.

Cowell mengalami kecederaan pada bahagian belakangnya akibat terjatuh basikal pada tahun lalu dan berehat seketika daripada sebarang program televisyen untuk menjalani pembedahan serta pemulihan.

Ketika ini, dia muncul sebagai juri menerusi rancangan terbitan NBC, ‘America’s Got Talent’.

Sebelum ini, media melaporkan beberapa selebriti antarabangsa turut menyuarakan bantahan mereka terhadap keganasan rejim zionis yang menyerang penduduk Palestin dalam tempoh beberapa hari menjelang Aidilfitri. Antara bintang terkenal itu termasuk Bella dan Gigi Hadid, penyanyi Dua Lipa, Riz Ahmed, Viola Davis, Mark Ruffalo, The Weeknd serta supermodel, Halima Aden.

FremantleMedia seals new X Factor deals – TBI Vision

Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi – Arif Ikhwan

****MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU

menerusi Akaun Maybank

Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi

menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button