Jakarta : Kes Covid 19 di Indonesia adalah antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Penularan virus Covid-19 di Indonesia juga semakin bertambah dari sehari ke hari. Sehingga kini Indonesia mencatatkan 837 ribu kes, dengan kematian sebanyak 24243 orang. Kes sembuh pula 689 ribu orang.
Antara langkah yang diambil oleh Indonesia bagi menghalang penularan kes Covid-19 ialah membeli vaksin. Indonesia membeli vaksin AstraZeneca yang dibangunkan oleh Oxford-AstraZeneca. Namun ia mula menjadi polemik kerana ramai yang risaukan kesan sampingan daripada vaksin yang belum teruji tersebut.
Presiden Indonesia, Joko Widodo akan menjadi orang pertama yang disuntik vaksin covid. Suntikan covid itu akan disiarkan secara langsung melalui youtube rasmi presiden pada Rabu, 13 Januari 2021. Hanya presiden yang disuntik vaksin pada hari ini. Manakala barisan menteri pula masih lagi disusun jadual suntikannya.
Sumber : Kompas.