Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
JAKARTA : Indonesia memberikan sumbangan berupa wang sejuta dolar Amerika serta barangan keperluan asas bagi membantu dan meringankan beban mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana di Pakistan.
Presiden Joko Widodo menyelia pengagihan bekalan di Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma untuk mangsa banjir dan tanah runtuh Pakistan.
Beliau berharap bantuan yang diberikan dapat membantu mempercepatkan usaha pemulihan pasca bencana sehingga aktiviti masyarakat di Pakistan kembali normal.
Presiden Indonesia , Joko Widodo berkata bahawa beliau juga bersedia memberikan bantuan lain seperti khidmat kesihatan kepada warga di sana yang terkesan akibat bencana tersebut.
Dalam satu kenyataan, beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa yang terkorban dalam bencana yang terjadi.