Covid19DuniaKemanusiaan

#prayforBeirut – MAPIM lancar tabung kilat

Bantuan segera dan awal ketika ini

Keperitan hidup dek, tekanan ekonomi, ditambah pula terkesan hebat akibat penangan pandemik Covid19, kini penduduk Lubnan pastinya diuji sekali lagi, terutamanya masyarakat di Beirut, dengan tragedi terkini, letupan kuat di pelabuhan ibu negara itu.

Sehubungan itu, bantuan segera pastinya ditagih daripada seluruh masyarakat dunia, tidak terkecuali Malaysia yang dekat di hati penduduk Lubnan, khususnya dari sudut misi-misi kemanusiaan.

Atas dasar keprihatinan itu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM,  mengambil inisiatif segera dengan melancarkan tabung bantuan kilat tragedi letupan Beirut,  untuk meringankan beban mangsa dan keluarga mereka yang ditimpa musibah terbabit.

MAPIM melalui kempen kecemasan dengan hash tag Pray For Beirut (#prayforBeirut), melancarkan tabung bantuan kilat tragedi Beirut petang tadi.  Sumbangan rakyat Malaysia boleh disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan MAPIM, di akaun MAYBANK dengan nombor akaun, 562263-540066. Penderma boleh klik pada pautan berikut untuk membuat sumbangan.  https://toyyibpay.com/Beirut-Emergency-Relief-Fund  

Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al-Kahery berkata pada masa terdekat ini sumbangan sebegini pastinya dapat membantu mangsa, bagi mendapatkan keperluan segera, antaranya membantu membayar sewaan tempat tinggal sementara bagi mereka yang hilang tempat berteduh.

Malah wang bantuan terbabit juga menurutnya, boleh digunakan bagi membeli keperluan utama seperti makanan, atau bahan perubatan kepada mangsa.

Bantuan susulan juga bakal dirangka kata beliau, bagaimana pun perlu mendapat perkembangan dan kelulusan terkini daripada pihak kerajaan Lubnan. Ini kerana keterbatasan tidak boleh menyeberangi sempadan pada musim covid19 memaksa para aktivis hanya mampu berdoa, dan memikirkan bantuan segera berupa wang tunai yang difikirkan bantuan terpantas yang boleh dilakukan oleh MAPIM ketika ini.

 

 

 

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button