KepenggunaanSemasa

PPIM lancar aplikasi YAKIN

Platform moden untuk pengguna Muslim mendapatkan maklumat PPIM & direktori perniagaan Islam

KUALA LUMPUR : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah berkolaborasi dengan Crescent Digital Sdn Bhd (Crescent Digital) untuk membangunkan & mengendalikan aplikasi mudah alih rasmi PPIM yang dikenali sebagai YAKIN.

Aplikasi tersebut telah dilancarkan hari ini oleh Datuk Seri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi
dan Inovasi.

Berasal dari perkataan Arab یقین‎ yang antara lain bermaksud pasti, percaya dan tidak ragu-ragu, nama YAKIN dipilih sebagai tanda kesungguhan PPIM bukan sahaja dalam usaha memperkasa pengguna dan usahawan Muslim era digital tetapi juga sebagai pemangkin dan pemacu inovasi tempatan bernilai tinggi justeru menyumbang kepada ekonomi digital Islam di Malaysia.


Menerusi aplikasi YAKIN yang sedia untuk dimuat turun secara percuma, pengguna-
pengguna boleh menjadikan aplikasi YAKIN sebagai ‘one stop centre’ untuk mendapatkan
pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPIM seperti perkhidmatan aduan hal ehwal
pengguna, bantuan mangsa ahlong atau ceti haram, sumbangan derma kepada saluran yang
sahih dan berdaftar; dan sebagai informasi paling terkini dari PPIM dengan amat mudah secara
dalam talian dari telefon pintar mereka.

Selari dengan slogan Aplikasi Digital Gaya Hidup Muslim, aplikasi YAKIN yang dikuasakan
oleh Crescent Digital tanpa sebarang kos juga dibina untuk membantu pengguna Islam
menerapkan gaya hidup Muslim dalam kehidupan seharian dengan mudah. Diantara fitur atau
ciri-ciri yang disediakan di dalam Modul Ibadah aplikasi YAKIN ini adalah waktu solat, kiblat,
doa harian, tasbih dan pelbagai lagi. Antara yang menarik, pengguna aplikasi YAKIN dapat
memilih laungan azan oleh artis terkenal tanahair, Black Hanifah, untuk tetapan notifikasi waktu
solat yang boleh didapati secara eksklusif melalui aplikasi tersebut.

“Saya amat mengalu-alukan inovasi ke arah digital dari PPIM dan Crescent Digital ini. Inisiatif untuk membina aplikasi ini di dalam Bahasa Malaysia adalah langkah yang sangat tepat demi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. PPIM juga mempunyai jumlah pengikut media sosial yang besar di kalangan masyarakat Muslim di Malaysia iaitu lebih daripada 1.5 juta orangmerentasi 5 platform media sosial. Justeru itu, aplikasi YAKIN berkem ampuan untuk menjadiaplikasi gaya hidup Muslim tempatan yang utama dan paling komprehensif bukan sahaja di Malaysia malah di rantau ini.” jelas Dr Adham Baba kepada pemberita.

Menurut Presiden &  Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan pula, aplikasi ini bukan
sahaja mensasarkan pengguna, malah ia juga dibangunkan dengan matlamat untuk membantu
perniagaan-perniagaan yang ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka secara khusus dan efisien kepada kumpulan pengguna Islam dan bukan Islam.

Perlu juga ditegaskan bahawa kempen-kempen derma yang terdapat di dalam aplikasi YAKIN telah disemak dan disahkan terlebih dahulu oleh PPIM. Bagi pihak PPIM, kami yakin bahawa aplikasi ini dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia bersesuaian dengan misi PPIM sendiri
iaitu melaksanakan tuntutan fardhu kifayah yang membabitkan kepentingan pengguna dan
perniagaan Islam melalui tindakan proaktif dan berstrategi.

Ketua Pegawai Eksekutif Crescent Digital, Nina Alyssa turut menyatakan rasa bangga di atas kerjasama PPIM dalam inisiatif ini. Selain daripada ciri-ciri yang telah disebutkan, mereka juga
sedang merancang untuk memperkenalkan pelbagai lagi fitur di dalam aplikasi YAKIN
merangkumi direktori perniagaan Islam, direktori scammers, tinjauan atau survey, e-Dagang
dan lain-lain di fasa akan datang.

Aplikasi YAKIN boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store, App Store dan Huawei AppGallery untuk semua telefon pintar Android & iPhone.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button