Polis Israel diberi kuasa lebih luas operasi pencarian di wilayah Palestin 1948
RAMALLAH : Kerajaan Israel telah meluluskan rang undang-undang, yang disarankan oleh menteri keadilan, untuk memberikan polis Israel kuasa yang lebih luas, yang membolehkan mereka melakukan operasi pencarian di wilayah Palestin di wilayah yang dicerobohi 1948.
Saluran Kan Israel mendakwa bahawa undang-undang tersebut dibuat sebagai sebahagian dari “langkah yang bertujuan memerangi keganasan dan kejahatan, terutama di kawasan bandar dan perkampungan Arab.”
Ia menambahkan bahawa undang-undang baru itu turut memberi kebenaran kepada polis melakukan penggeledahan di kawasan Palestin walaupun tanpa perintah mahkamah.
Para pakar bimbang terhadap undang-undang itu dapat menjadi alat untuk menindas rakyat Palestin di wilayah yang dijajah 1948, terutama ketika zionis telah mempersetujui undang-undang lain yang membenarkan tentera Israel dan Shin Bet beroperasi secara lebih meluas dalam kalangan rakyat Palestin.
_____________________________________
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia