Semasa

PM ucap tahniah kepada Harimau Malaya berjaya mara ke final Piala Raja Thai

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan tahniah kepada skuad Harimau Malaya selepas layak ke perlawanan akhir Piala Raja Thai 2022 yang berlangsung di Stadium Chiang Mai, Thailand, malam tadi.

“Saya berharap aksi yang sama dapat dipamerkan apabila kita bertemu Tajikistan pada perlawanan akhir, 25 September ini.

“Ayuh Keluarga Malaysia, sama-sama kita terus memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya untuk menjulang Piala Raja Thai!,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasminya hari ini.

Skuad Harimau Malaya berjaya menewaskan pasukan Gajah Perang menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit masa perlawanan.

Dijadual berlangsung di stadium yang sama Ahad ini, skuad negara bakal berdepan Tajikistan pada perlawanan akhir Piala Raja Thailand selepas pasukan itu menewaskan Trinidad & Tobago dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Untuk rekod, Malaysia pernah menjulang piala tersebut sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1972, 1976, 1977 dan 1978.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button