EkonomiSemasa

PM tumpu isu kos sara hidup langkah wajar

SHAH ALAM: Majlis Penasihat Pengguna Negara mengalu-alukan langkah segera Perdana Menteri menumpukan kepada isu kos sara hidup rakyat sebagai agenda utama hari ini.

Pada Ahad, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan mesyuarat dengan mengenepikan cuti hujung minggu menunjukkan keseriusan beliau memberi perhatian kepada isu tersebut.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah pasti merupakan agensi dihadapan dalam soal ini dan Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) perlu berperanan membantu merealisasikan keprihatinan Perdana Menteri.

Pengerusi MPPN, Mohd Azmi Abdul Hamid atau Cikgu Azmi berpendapat subsidi bersasar merupakan rasionalisasi dasar yang tepat akan tetapi sudah tentu ia harus dilaksanakan dengan mekanisme yang efisien.

Cikgu Azmi, Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara

“Saya berpendapat tumpuan awal harus diberi kepada menentukan kaedah memastikan keperluan asas rakyat/pengguna tidak terdedah kepada monopoli dan eksploitasi oleh perusahaan besar.”

“Saya mengusulkan agar kebergantungan negara kepada sumber luar terutama bahan makanan, perlu diatasi dalam jangka masa panjang . Memastikan perusahan domestik dikembangkan bagi menampung keperluan dalam negara adalah sangat penting,” jelas Cikgu Azmi.

Dengan yang demikian langkah mengutamakan pengeluaran dalam negara hendaklah diusahakan dengan mengwujudkan insentif yang wajar kepada perusahaan tempatan.

Kos sara hidup dalam hal makanan, utiliti, pengangkutan, kesihatan, perumahan dan pendidikan perlu menjadi tumpuan utama.

Pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022 bersama jabatan dan agensi kerajaan bagi membincangkan isu kos sara hidup yang menekan serta menyeksa rakyat terutamanya golongan miskin termasuk golongan melarat.

Perdana Menteri telah memberikan tempoh dua minggu kepada jabatan dan agensi berkaitan untuk menyelidik dan menyiasat seluruh dampak berkaitan pemberian subsidi agar ia lebih bersasar dan sampai kepada golongan yang benar-benar layak.

Tempoh tersebut juga diberi untuk berbincang dengan sektor swasta serta pelabur agar mereka faham fungsi dan tujuan subsidi diberikan iaitu bagi meringankan beban golongan miskin.

BACA JUGA
Syria umpama kem ‘penjara udara terbuka’ kanak-kanak

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button