Semasa

PM terima sumbangan Al-Quran, kurma dari Raja Arab Saudi

PETALING JAYA : Sempena bulan Ramadan tahun ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menerima hadiah berupa al-Quran dan kurma daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Daud.

Menurut hantaran yang dimuat naik di laman Facebook beliau, sumbangan tersebut disampaikan oleh Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Dr. Mahmoud Hussein Saeed Qattan di Putrajaya.

“Sebanyak 57 tan kurma dibawa khas dari Riyadh untuk diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Selain pengagihan kurma, baginda juga akan menyumbang lebih 46,000 naskhah al-Quran terjemahan Bahasa Melayu kepada masjid dan badan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara,” ujar beliau.

Tambahnya, beliau menganggap hadiah terjemahan al-Quran ke dalam Bahasa Melayu sebagai tanda persahabatan Malaysia dan Arab Saudi yang sangat istimewa terutamanya dalam hasrat Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ASEAN.

“Moga ikatan diplomasi antara Malaysia dan Arab Saudi yang telah terjalin sekian lama akan terus kukuh dan berterusan,” katanya.

-AGENSI

Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof UiTM SA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button