KUALA LUMPUR: Keputusan untuk melanjutkan atau menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri hanya akan diumumkan esok.
Keputusan itu sepatutnya diketahui hari ini.
Memetik akhbar, The Edge, perkara itu dinyatakan oleh pembantu kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sidang media harian beliau mengenai perkembangan terkini PKPB negara juga dibatalkan hari ini, sebaliknya hanya disampaikan melalui kenyataan media.
PKPB dilaksanakan di negeri Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Sabah, Labuan, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dan bakal berakhir 6 Disember depan.