Semasa

Pihak berkuasa Taliban tuntut wanita Afghanistan tutup aurat

KABUL : Pihak berkuasa agama dalam pemerintahan Taliban secara aktif memasang poster di seluruh ibu kota Afghanistan semalam menuntut wanita menutup aurat.

Kementerian Amar Makruf dan Pencegahan Maksiat menyiarkan papan iklan itu, yang mengandungi gambar seorang wanita memakai burqa, di kafe dan kedai sepanjang minggu.

‘Wanita Islam mesti memakai hijab bagi menutup aurat, mengikut undang-undang syariah,’ demikian tertera pada poster berkenaan.

Keadaan itu disahkan oleh wakil kementerian yang bertanggungjawab melaksanakan undang-undang Islam.

“Sekiranya seorang wanita ingkar, ini tidak bermakna dia akan dihukum atau dipukul. Ia sekadar seruan kepada wanita Islam supaya mematuhi undang-undang syariah,” kata Sadeq Akif Muhajir.

Burqa sudah dilihat sebagai kebiasaan di kalangan wanita Afghanistan di luar Kabul.

-AGENSI

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button