DOHA: Peminat bola sepak dari serata dunia yang hadir menonton Piala Dunia di Qatar dilihat menjauhi wartawan serta media israel ketika cubaan menemu bual mereka di Doha.
Memetik laporan Reuters, situasi dingin daripada peminat bola sepak menggambarkan cabaran dihadapi oleh warga media israel meskipun negara itu dalam cubaan menjalin hubungan baik dengan beberapa Negara Teluk.
Sebelum ini, jurucakap israel menyuarakan harapan Perjanjian Abraham yang diusahakan Amerika Syarikat (AS), Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain pada tahun 2020 termasuk Sudan serta Maghribi, akan mendorong normalisasi lanjut.
The World Cup 2022 has produced some iconic scenes of support for Palestine and rejection of Israel… pic.twitter.com/iSCFGdG7Rn
— MintPress News (@MintPressNews) November 23, 2022
Percubaan temu bual oleh wartawan dari penyiar KAN dan Channel 12 TV bersama peminat bola sepak dilihat dingin dan kebanyakannya langsung tidak dilayan.
Qatar tidak mengiktiraf israel secara rasmi, sebaliknya menyokong kedaulatan Palestin. Namun begitu, Qatar membenarkan penerbangan terus dari Tel Aviv untuk peminat menyaksikan Piala Dunia serta delegasi diplomat israel untuk mengendalikan logistik.
Israeli media faced a boycott and extreme embarrassment in Qatar by muslim World Cup fans from all over the world who refused to interact with them to show solidarity with Palestine.
“what is Israel? It’s only Palestine” 🙌🏻#FreePalestine 🇵🇸 ♥️ pic.twitter.com/awHPfDFm6d— Maheen Faisal (@MaheenFaisal20) November 22, 2022
BACA JUGA
Tentera israel tembak remaja 16 tahun di Tebing Barat
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini