
DOHA: Certis Group, syarikat yang berpangkalan di Singapura diberi tanggungjawab menguruskan keselamatan pada Piala Dunia edisi pertama kali diadakan di Asia Barat.
Dengan jumlah penonton yang besar, usaha keselamatan menumpukan kepada mencegah semua bentuk ancaman.
Ia pastinya langkah terbaik selepas tragedi rusuhan di Itaewon, Korea Selatan dan insiden di Stadium Kanjuruhan, Indonesia.
At least 127 Reported Dead During a match between long-time rivals Arema FC and Persebaya in the Indonesian Football League at Kanjuruhan stadium… Our Prayers Are With Them#BBNaija #indonesiastampede #teskilat #MotoGP pic.twitter.com/MwadzQ28Pf
— Gistsmate 🤓 (@GGistsmateMedia) October 2, 2022
Certis Group telah bekerjasama dengan syarikat tempatan Group Security System untuk menempatkan kira-kira 3,500 anggota keselamatan bagi mengawal kira-kira 1.2 juta penonton yang dijangka membanjiri negara itu.
Ketua Pengawal Sistem Keselamatan Kumpulan Certis International, Ignacio Raul Bertoia berkata, antara yang dijangka akan berlaku adalah percubaan pelanggaran keselamatan, seperti peminat menceroboh padang.
“Tugas kami adalah cuba membaca situasi sebelum ia berlaku. Terdapat jenis tingkah laku tertentu dalam kalangan orang ramai yang, jika anda bersedia, anda boleh menjangkakan ancaman yang akan berlaku,” katanya.
Do you agree with Abdulla al Nasari, Head of Security Qatar World Cup 2022? pic.twitter.com/hMgGj95OWL
— James Matheka (@matheks) November 13, 2022
Kemudahan latihan juga merupakan kawasan yang perlu diawasi, memandangkan peminat mungkin berkumpul untuk menonton bintang bola sepak kegemaran mereka di hadapan mata.
Isu keselamatan sangat dititikberatkan, dengan penghadang disediakan untuk menghalang peminat daripada mengganggu sesi latihan. Turut bersedia termasuk kira-kira 100 pegawai di kawasan berkenaan.
Operasi keselamatan berskala besar juga memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan kecekapan.
Sistem digital, Optimax menjejaki pergerakan dan tugas pegawai yang bertugas, serta pusat kawalan boleh berkomunikasi dengan semua pegawai dengan hanya menekan satu butang.
#FIFA2022
Six nations, including NATO, the US, UK, Turkey, France, Pakistan and Italy are sending security personnel to Qatar in an effort to bolster security at the FIFA World Cup tournament in November.Troops Deployed by #NATO 🇺🇸🇬🇧🇹🇷🇫🇷🇵🇰🇮🇹
Source: https://t.co/9Q2DJhKbfV pic.twitter.com/e3OgePZYbI
— International Defence Analysis (@Defence_IDA) November 22, 2022
BACA JUGA
Piala Dunia 2022: Kemunculan aktor Morgan Freeman dikritik peminat