DOHA: Arab Saudi mencipta kejutan pada aksi pembukaan kumpulan C Piala Dunia 2022 apabila menang 2-1 ke atas Argentina pada perlawanan di Lusail Iconic Stadium, Qatar sebentar tadi.
Berdasarkan prestasi semasa, Argentina dilihat sebagai pilihan untuk memenangi aksi tersebut berbanding Arab Saudi yang mempunyai rekod yang kurang baik pada aksi pembukaan Piala Dunia.
Sebaliknya, Argentina yang diketuai oleh pemain bertaraf selebriti, Lionel Messi dilihat berdepan masalah pada aksi 90 minit tadi walaupun mendahului 1-0 hasil gol penalti pada separuh masa pertama.
FT: Argentina 1-2 Arab Saudi
⚽️ Lionel Messi 10′ (P)
–
⚽️ Saleh Al-Shehri 48′
⚽️ Salem Al-Dawsari 53′WOW Arab Saudi comeback lawan Argentina! Alhamdulillah 👏#ARGKSA #FIFAWorldCup #PialaDunia2022 pic.twitter.com/4Busd7obUM
— Fakta Bola ⚽ (@FaktaSepakbola) November 22, 2022
Mimpi ngeri Argentina bermula pada minit ke-48 apabila percubaan kaki kiri Saleh Al-Shehri dalam kawasan penalti selepas menerima hantaran Feras Al-Brikan berjaya membolosi gawang Argentina yang dikawal Emiliano Martinez.
Bagaikan mendapat suntikan semangat susulan jaringan tersebut, Salem Al-Dawsari meledakkan rembatan padu untuk menewaskan Martinez hanya berselang lima minit kemudian untuk memberikan kelebihan buat wakil Asia itu.
Kedudukan kekal 2-1 sehingga tamat permainan dan Arab Saudi mencipta rekod sebagai negara Asia pertama yang berjaya menjaringkan dua gol ke atas Argentina dalam sejarah persaingan Piala Dunia.
Statistik pertandingan Argentina vs Arab Saudi 💀
Arab Saudi benar-benar merapatkan barisan mereka di pertandingan kali ini.#PialaDunia2022 #FIFAWorldCup pic.twitter.com/F8DIDZy4fV
— Fakta Bola ⚽ (@FaktaSepakbola) November 22, 2022