Covid19Semasa

Pfizer usahakan vaksin khas tangani Omicron

WASHINGTON : Ekoran kemunculan varian baharu Covid-19 baru-baru ini, Pfizer memutuskan untuk mula mengusahakan versi vaksin khas menyasarkan varian Omicron sekiranya vaksin sedia ada tidak berkesan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Albert Bourla, memaklumkan syarikatnya sudah pun mula menguji vaksin yang sesuai terhadap varian Omicron.

“Saya tidak fikir hasilnya akan menunjukkan vaksin tidak memberi perlindungan.

“Tetapi ujian itu boleh menunjukkan bahawa yang sedia ada kurang melindungi, bermaksud kita perlu mencipta vaksin baharu.

“Jumaat ini, kami membuat acuan DNA pertama, yang juga perubahan pertama yang mungkin berlaku dalam proses pembangunan vaksin baharu,” katanya.

Bourla menyamakan keadaan itu dengan senario awal tahun ini apabila Pfizer dan rakan kongsi dari JermanBioNTech, membangunkan vaksin dalam 95 hari.

Ujar beliau, vaksin semasa adalah sangat berkesan terhadap Delta.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa varian Covid-19 Omicron baharu menimbulkan risiko sangat tinggi di seluruh dunia, katanya pada Isnin.

Bourla turut menyakinkan bahawa pil antivirus Pfzier yang diumumkan akan berfungsi sebagai rawatan untuk  jangkitan yang disebabkan oleh  varian jenis baharu itu, termasuk Omicron.

Dilaporkan penggunaan pil Pfizer menunjukkan pengurangan jumlah kemasukan hospital atau kematian hampir 90 peratus.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button