
GAZA: Artifak berupa mozek lantai era Byzantine dengan corak pelbagai jenis burung berwarna-warni dan beberapa haiwan lain ditemui oleh seorang petani Palestin di Gaza kebunnya.
Menurut laporan media antrabangsa, Salman al-Nabahin menemui peninggalan berkenaan enam bulan lalu ketika melakukan kerja bercucuk tanam di kebun zaitunnya di kem pelarian Bureij, kira-kira satu kilometer dari sempadan Israel.
Beliau bersama anaknya sedang menggali tanah berkenaan sebelum kapak yang digunakan anaknya terkena permukaan keras.
#Palestine ✌🇵🇸
It includes 17 iconic images of well-preserved and brightly colored beasts and birds. A farmer from Gaza accidentally discovers an ornate mosaic panel dating back to the Byzantine era while planting an olive tree on his land. pic.twitter.com/JG9EMYIgRg— 🇵🇸 Palestine State News – PSN (@PalPSN) September 20, 2022
“Saya membuat carian di Internet sebelum mengetahui ia adalah mozek milik era Byzantine. Saya melihatnya sebagai sesuatu yang sangat berharga, lebih mahal daripada harta karun.
Ia bukan kepunyaan peribadi namun ia adalah milik setiap rakyat Palestin,” kata Salman.
Penemuan mozek itu mendapat perhatian dalam kalangan ahli arkeologi tempatan kerana ia merupakan salah satu khazanah arkeologi terbesar pernah ditemui di Gaza.
Ramai golongan profesional memohon perlindungan terhadap barangan purba yang ditemui di negara itu kerana bimbang konflik dengan Israel boleh memusnahkan peninggalan sejarah yang ada.
Sementara itu, Kementerian Pelancongan dan Kepurbaan Palestin berkata lantai mozek berkenaan menggambarkan haiwan dan ciri-ciri lain kehidupan sosial ketika era Byzantine.
A farmer and his son uncovered a 5th-7th century Byzantine mosaic while digging to plant an olive tree on their land in Al-Bureij refugee camp in central Gaza.
The Ministry of Tourism and Antiquities in Gaza announced the "major archeological finding" on Friday. pic.twitter.com/q84TprFZVI
— Jerusalem24 (@J24FMPalestine) September 18, 2022
“Penemuan arkeologi masih di peringkat awal dan kami menunggu untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rahsia dan nilai ketamadunannya.
“Pasukan penyelidik kebangsaan sedang bekerjasama dengan pakar dan saintis antarabangsa dari Sekolah Arkeologi Perancis bagi tujuan itu,” katanya dalam satu kenyataan.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia