Dunia

Petani India hentikan protes besar-besaran selepas setahun

NEW DELHI : Protes besar-besaran yang telah berlangsung selama setahun oleh para petani bagi membantah undang-undang baru sektor pertanian negara itu akhirnya ditamatkan.

Keputusan itu dibuat susulan Perdana Menteri, Narendra Modi, akur kepada desakan menolak pembaharuan pertanian, sekali gus meredakan satu cabaran terbesar yang dihadapi kerajaan yang dipimpinnya.

Undang-undang yang didakwa bakal membawa kepada pengambilalihan korporat dalam sektor tersebut telah mendorong ribuan orang untuk berkhemah di pinggir ibu kota New Delhi sejak tahun lalu sebagai tanda protes.

Wakil petani menyatakan mereka sedia berundur selepas pentadbiran Modi bulan lalu secara-tergesa-gesa mengumumkan keputusan memansuhkan undang-undang berkenaan dengan persetujuan beberapa tuntutan lain.

Sejak semalam, kumpulan penunjuk perasaan itu sudah mula membuka khemah sementara mereka di lebuh raya menuju ke ibu negara.

Mereka bercadang menunggu sehingga selesai pengebumian Ketua Pertahanan India, Jeneral Bipin Rawat, yang maut dalam helikopter pada Rabu lalu, sebelum kembali ke kampung halaman mereka pada hujung minggu.

Protes itu dilakukan dalam kumpulan kecil selepas pemansuhan undang-undang, dengan petani memohon konsesi tambahan termasuk pampasan bagi keluarga lebih 700 petani yang dikatakan meninggal dunia ketika protes diadakan.

Kerajaan bersetuju dengan tuntutan itu dan berjanji tidak menjatuhkan hukuman ke atas mereka yang melakukan pembakaran bagi membersihkan ladang iaitu dengan kaedah yang mudah digunakan sehingga Delhi diselubungi secepat mungkin setiap kali musim sejuk.

Untuk rekod, penduduk India yang menyara kehidupan melalui sektor pertanian sudah lama menjadi mangsa percaturan politik merangkumi kira-kira dua pertiga daripada 1.3 populasi di negara itu.

Masalah kemiskinan, beban hutang dan tanaman terjejas akibat perubahan cuaca yang semakin tidak menentu kesan perubahan iklim menyebabkan ribuan petani India membuat keputusan untuk membunuh diri. .

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button