Berikutan pertempuran bulan lalu antara pengganas YPG/PKK dan puak Arab di wilayah Deir Ezzor di timur Syria, pertubuhan pengganas itu telah menyasarkan orang awam di kampung-kampung, memaksa penduduk tempatan melarikan diri.
Organisasi pengganas menyerang penempatan di kampung Giranic, Suveyden, al-Tayyene, Ziyben dan Havayic, menurut sumber tempatan.
Beratus-ratus keluarga yang melarikan diri daripada serangan mencari perlindungan di kampung yang lebih selamat di bawah kawalan puak Arab.
Sejak pertempuran bermula, puak Arab telah membebaskan 33 kampung daripada penaklukkan PKK/YPG dalam operasi di wilayah Deir Ezzor, Raqqa, dan Hasakah, serta kawasan luar bandar di daerah Manbij di Aleppo.
Seluruh penduduk Deir Ezzor terdiri daripada orang Arab.
Kawasan itu telah diduduki oleh pengganas YPG/PKK yang kononnya memerangi Daesh dengan sokongan tentera AS.
Organisasi pengganas itu merekrut secara paksa kanak-kanak Arab.
Mereka turut merampas telaga minyak di rantau itu dan menyeludupnya kepada rejim Syria. Walaupun dikenakan sekatan, pengganas menjana pendapatan untuk aktiviti mereka.